SEJARAH PERGURUAN SENI SILAT SETIABKTI MALAYSIA

DAHLAN KARIM
Pengasas dan Guru Utama
Penguruan Seni Silat Setiabakti

Dilahirkan di Kampung Selandar,Melaka pada 19 Mac 1951.Berminat dalam bidang seni beladiri dan telah mempelajari lebih sepuluh persilatan Melayu.Pada tahun 1994,telah menubuh dan mendaftarkan Seni Silat Setiabakti dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan di bawah No.Pendaftaran 1970/94 (Wilayah Persekutuan) pada 22/09/1994.Gelanggang Pusat di No.2201 Jalan Permata 10,Taman Permata Ulu Kelang,53300 Kuala Lumpur,Mlaysia dan boleh dihubungi melalui Hp:0163500410.

SEJARAH SENI SILAT SETIABAKTI

Pelajaran terkumpul dari sepuluh jenis Perguruan zahir dan batin. Telah didaftarkan pada tahun 1994. Mata pelajaran yang diajar ialah Silat Seni, Silat Beladiri dan Silat Olahraga. Seni dan Teknik Buah Pukulan dipilih dari kaedah yang terbaik dari persilatan yang dipelajari. Pelajaran yang diajar mudah difahami dan dipraktikkan. Tekniknya RINGKAS MUDAH DIPELAJARI DAN BERKESAN. Sehingga kini telah melatih lebih 700 orang murid.

SEJARAH PERGURUAN SENI SILAT SETIABAKTI

Pada asalnya Perguruan Seni Silat Setiabakti dinamakan Silat Melayu oleh arwah Tok Guru Mat Kelang. Oleh kerana kemahsyurannya di dalam ilmu persilatan zahir dan bathin menjadi sebutan ramai di Kampong Selandar, Melaka dan kampong-kampong sekitarnya, ia telah menarik hati Pak Guru Ali Rani untuk berguru dengan Tok Guru Mat Kelang.

Setelah beberapa tahun Pak Guru Ali Rani mempelajari Silat Melayu ini akhirnya beliau telah dilantik sebagai guru untuk mengembangkan silat ini. Beliau telah mengembangkan silat ini di kalangan anak-anak buahnya dan orang-orang kampong disekitar Selandar. Oleh kerana ingin mengenangkan jasa Tok Guru Mat Kelang, Pak Guru Ali Rani telah menamakan silat yang diajarnya dengan nama Silat Mat Kelang.

Pada tahun 1970, Guru Dahlan Karim telah mempelajari Silat Mat Kelang dari Pak Guru Ali Rani dan telah diijazahkan sebagai Guru pada tahun 1982. Bersama-sama dengan Pak Guru Ali Rani, Guru Dahlan Karim dan rakan-rakan persilatan telah sepakat untuk menamakan Silat Mat Kelang dengan nama Seni Silat Setiabakti pada penghujung tahun 1982.

Pada tahun 1994, Persatuan Seni Silat Setiabakti telah didaftarkan dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kini, setelah mempelajari kurang lebih dari sepuloh jenis persilatan Melayu, Guru Dahlan Karim telah mengembangkan Perguruan Seni Silat Setiabakti hingga kebeberapa negeri di Malaysia dan luar Negara.

Seni dan teknik Perguruan Seni Silat Setiabakti adalah RINGKAS, MUDAH dipelajari dan BERKESAN. Seni dan teknik Buah Pukulan telah dipilih dari kaedah yang terbaik dari persilatan yang telah dipelajari oleh Guru Dahlan Karim

HARAPAN

Bercita-cita mengembangkan silat ini keseluruh Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini sedia melatih Silat Setiabakti kepada pengamal beladiri sama ada dari aliran silat atau apa jua aliran yang berminat mengembangkannya di tempat anda dan kami juga sedia melatih pelajar/mahasiswa, remaja serta orang dewasa lelaki dan wanita, pegawai keselamatan, ahli-ahli kelab dan persatuan-persatuan sama ada mereka telah atau belum pernah belajar seni beladiri. Harapan saya agar Seni Silat Setiabakti dapat berkembang keseluruh negara dan luar negeri seiring dengan kejayaan silat-silat yang terkemuka di Malaysia dewasa ini. Mudah-mudahan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu memartabatkan Seni Silat Melayu dimata dunia.